Jurnal harian


26th April, 2008

mohdhuzairy.com - Satu permulaan

~Ditulis oleh Bat~

Alhamdulillah, proses pembelian domain yang telah lama diidamkan telah pun berjaya dengan suksesnya. Tapi malangnya, aku nak mulakan dari mula, bukan gunakan domain tu untuk blog ini. Kesimpulannya blog ini akan dijadikan arkib kenang-kenangan untuk aku lihat balik. Sekadar ingatan yang aku pernah menulis pelbagai benda yang merapu, emosi dan mungkin jugak bodoh dan tak sepatutnya dibaca oleh orang lain.

InsyaAllah minggu depan aku akan mula kemas kini blog baru tu, minggu ni aku sibuk dengan tugasan. Jumaat depan lak nak kena pergi perkhemahan lagi, jadi kekasih gelap lagi la aku, haha…

MohdIsmail kini menyepikan diri, entah apa silapnya. Kalau dia terbaca entri ni, aku harap jangan terasa hati dengan aku, cita-cita kita belum lagi tercapai, biarpun hang dah habis belajar. Ingat, kita ada MISI untuk dunia siber Malaysia.

Biarpun aku dah memang jarang update blog sekarang, tapi aku rajin ber twitter, hehe..Boleh tau perkembangan aku kat sana.

Ini sebagai respon tentang komen-komen di entri sebelum ini, aku bukan seorang yang cepat bosan dengan manusia. Juga bukan dengan SEMUA benda-benda maujud yang tak bernyawa. Bila aku buat pilihan lain, maknanya aku nak tingkatkan prestasi dan skill aku. Kalaulah aku cepat boring, dah lama aku pergi cari awek lain yang senang untuk ditekel dari aku tunggu Nur Hidayah(Statement berani mati).

Tiada apa yang dimalukan kan? Hubungan aku dengan dia sekarang bolehlah dikatakan baik, walaupun dah banyak kali berselisih faham. She is the sweetest girl I’ve ever met. ^_^

Dan, kini cuma tinggal setahun dan enam bulan untuk aku terus belajar dan membetulkan keadaan diri aku yang serba tak betul ni. hehe..

Sekian dari aku, assalamualaikum dan jumpa di sana.

*Ini entri terakhir untuk blog ni.

7 komen


14th April, 2008

5 Perkara pertama dalam hidup aku..

~Ditulis oleh Bat~

Seperti yang dijanjikan, aku akan tulis tentang 3 perkara pertama yang terjadi dalam hidup aku, biar pun aku tak berapa pasti tentang makna sebenar tag ni. Cuma ada 3 sahaja sebab aku takleh nak fikir lagi dua, huhu..

1) Kini aku pengguna komputer riba berjenama Compaq. jenis presario, murah sahaja. baru seminggu pakai, hehe..Alhamdulillah..Komputer desktop dan monitor aku dah jual kat abang aku. =) Pertama kali menggunakan laptop, jadi rasa agak kekok.

2) Pertama kali aku beli kamera sendiri(IXUS 70). Tapi sekarang kamera tu dah bertukar tangan. Aku dah puas main-main dengan kamera tu agaknya. Tapi belum ada rancangan nak beli kamera baru atau digital SLR.

3) Juga pertama kali aku sedar yang aku ni susah nak bercinta. Sebabnya, hati dan perasaan aku pada orang tak sama dengan perasaan aku kat benda-benda yang tak hidup(cepat boring dengan tema blog contohnya..). Aku susah nak lupakan orang biar pun orang tu dah buat macam-macam kat aku. Contoh terdekat, si gadis pahang…Oh lupa, aku tak cerita lagi progress tentang aku dan dia sekarang..Lain kali la aku cerita..

Ok, tamat sudah. Hari ni aku tak tidur malam lagi. Kes banyak benda terbengkalai dek perkhemahan baru-baru ni. Alahai~huhu..

7 komen


8th April, 2008

Saya pergi Besut 5 hari tau!

~Ditulis oleh Bat~

Untuk perkhemahan PBSM. Doakan kesejahteraan aku kat sana. Saya sayang anda semua. Muahs~

Kepada Affuan, jangan nakal-nakal. Hehehe…Dan kepada penulis infomalaya yang lain, terima kasih kerana anda telah memberi sinar baru buat infomalaya. Sangat dihargai. :)

6 komen


6th April, 2008

Ayoyoyo~

~Ditulis oleh Bat~

Aku kena tag dengan Starline. Nanti aku jawab ek, sebab tag tu macam menarik, kena pada tempat dan masanya, hehe..Sebab banyak benda jadi sejak minggu lepas dan semalam.

Adios, aku nak pergi makan dulu.

2 komen


30th March, 2008

A letter of confirmation

~Ditulis oleh Bat~

Dengan ini, saya Mohd Huzairy Mohd Rezuan @ Bat ingin memberitahu yang, blog infomalaya.com akan menarik diri dari rangkaian HappyPeople Media. Berikut adalah beberapa sebab dan persoalan mengapa penarikan ini dibuat:

1) InfoMalaya tidak semeriah seperti dahulu(sebelum bernaung di bawah HPM). Punca yang dapat dikenal pasti ialah kerana Bat memberikan komitmennya terhadap projek-projek HPM yang lain, dan merekabentuk design dan theme wordpress. Tiada penulis yang ingin menulis walaupun telah diberikan kepercayaan untuk menulis di sana.

2) InfoMalaya.com walaupun digembar-gemburkan dengan slogan “Bukan sekadar blog”, sebenarnya hanyalah bersandarkan pada isi kandungan entri semata-mata, dan bukannya pada jenis CMS.

3) Identiti infomalaya akan hilang sekiranya projek aggregator di infomalaya dilakukan. Infomalaya adalah sebuah blog, bukan aggregator seperti blogtitude.com.

4) Cross-site membership akan menyusahkan pengguna. Sekarang kewujudan blog semakin banyak dari hari ke hari, dan kenapa kita perlu menyusahkan pengguna mendaftar cuma untuk membaca entri dan menghantar komen.

5) HPM sekarang sudah tidak seperti dulu lagi. Mohd Ismail seolah-olah meminggirkan rakan sepasukan dengan tidak berbincang terlebih dahulu tentang penubuhan blog/laman web baru. Sedar-sedar sudah ada laman web yang dibahagian footernya tertera milik rangkaian HPM. Kita sebagai sebuah organisasi sepatutnya tidak boleh membuat keputusan tanpa berbincang dengan ahli yang lain. Bukankah lebih molek kalau setiap pengumuman dibuat di blog rasmi HPM?

6) Tentang laman-laman web HPM yang lain. Sepatutnya kita mementingkan kualiti dari kuantiti. Justeru mengapa kita masih ingin menghasilkan laman web yang baru sekiranya masih ada laman web kita yang terbengkalai/ perlu diselenggara?

7) Tentang musicmalaya.com. Mengapa tidak lama dulu laman web yang dalam proses pembangunan ini digantikan dengan blog untuk memuat turun mp3? Ini bercanggah dengan slogan HPM, “Revolutionize Malaysian Web Sphere”. Adakah kita ingin disamakan dengan lanun cetak rompak atau laman-laman web muat turun mp3 yang lain?

Sehubungan dengan itu, saya berharap agar keputusan penarikan ini dipersetujui oleh semua ahli. Sila terima segala apa yang saya sampaikan ini dengan hati yang terbuka.

Sila ambil perhatian yang saya tidak menarik diri dari HPM, yang dipisahkan cumalah blog infomalaya.com sahaja.

Saya mencadangkan agar penstrukturan semula oraganisasi HPM dilakukan serta merta kerana pembahagian tugas dan peranan tidak berjalan lancar seperti yang dirancangkan sebelum ini.

Akhir kata, maafkan saya seandainya saya telah menyinggung mana-mana individu di atas pemberitahuan ini. Saya sayangkan HPM, dan kerana perasaan sayang itulah saya terpaksa menanggung risiko di atas pemberitahuan ini. Hakikatnya memang kita pincang, tapi tak salah kalau kita betulkan kepincangan kita itu demi kebaikan bersama.

Yang ikhlas,
Mohd Huzairy Mohd Rezuan @ Bat

p/s: Sila respon emel ini secara bertulis. Dan, sebagai tanda yang saya serius tentang perkara ini, salinan emel ini telah dipaparkan di blog peribadi saya di http://bat.infomalaya.com

20 komen


23rd March, 2008

Hidup aku sudah berubah~

~Ditulis oleh Bat~

Bizi sebenarnya dengan perkara lain. Tambahan sejak balik dari Cameron ni, banyak pulak kerja dengan komitmen lain yang perlu diutamakan dahulu. Sememangnya cukup indah bila kita boleh buat/terlibat dalam pelbagai perkara, tapi akibatnya, hidup menjadi semakin sibuk, tidur yang tak tentu masa dan terlajak lantaran terlalu penat, rakan-rakan memandang serong kepada kita, pensyarah yang mengatakan kita malas dan tak guna, dan tiada gadis yang ingin dekat kerana diri ini tak mampu memberikan komitmen kepada hal tersebut buat masa ini…

Apa-apa pun, kalau berkesempatan, silalah berkunjung ke laman flickr aku, semalam dah letakkan gambar-gambar semasa aku di Cameron Highlands.

7 komen


Ubuntu and web design — Bacaan menarik untuk aku dan sesiapa yang berminat untuk bertukar ke ubuntu linux. Tengah sabar menanti laptop baru dan ubuntu 8.04 aka Hardy Heron yang dijangka keluar bulan April ni. {3}


The FAIL Blog — Bahan untuk ketawa di depan monitor, miahahahahaha… {3}


10 HARD Ways to Make Your Life Better — Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, kan? [via MohdIsmail] {0}


What makes Mathematics hard to learn? — Cara pembelajaran konvensional di negara kita ‘kadang-kadang’ tidak begitu sesuai untuk budak-budak sekolah rendah. Aku dah nampak hubung kait antara apa yang aku sedang belajar semester ni dengan artikel ini. Tugas guru yang sebenarnya memainkan peranan penting dalam menimbulkan minat murid untuk belajar matematik. Tiada minat = Tiada semangat untuk belajar. {0}


15th March, 2008

Cara menghasilkan border pada elemen body

~Ditulis oleh Bat~

Entri ini hasil dari komen saudara AzharAhmad, terima kasih kerana memberi idea. Hehe..

Baik, jangan buang masa lagi, moh kita mula. Setelah mencuba sendiri tutorial di laman web asal, aku lihat ada beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan lagi. Tapi kudos kepada penulis asal tutorial tersebut kerana telah memberikan idea kasar.

Kita tidak boleh meletakkan border terus pada body dengan kaedah biasa kerana, errr..Cuba sendiri la guna body{border:10px solid #ccc;}, baru nampak..Hehe..Bak orang cakap, “Seeing is Believing“.

Ini kod CSSnya, sila masukkan dalam fail style.css:

/*=Body border*/
html>body #top, #bottom, #left, #right
{
background:#ccc; /* Sila ubah kod warna sesedap rasa / Nak guna background image pun boleh.*/
position:fixed;
}
html>body #left, #right
{
top:0;
bottom:0;
width:10px; /*Sila ubah saiz border secukup rasa sekiranya mahu*/
}
html>body #left
{
left:0;
}
html>body #right
{
right:0;
}
html>body #top, #bottom
{
left:0;
right:0;
height:10px; /*Sila ubah saiz border secukup rasa sekiranya mahu*/
}
html>body #top
{
top:0;
}
html>body #bottom
{
bottom:0;
}

*html>body merupakan child-selector properties dalam CSS, jadi kita dah tak perlu nak gunakan IE hacks untuk hilangkan styling ini di IE. Dalam IE6 benda ni tak menjadi.

Manakala markup untuk html pula:
<div id="left"></div>
<div id="right"></div>
<div id="top"></div>
<div id="bottom"></div>

*Sila letakkan di bahagian footer.php, betul-betul sebelum elemen penutup </body>.

Selamat mencuba~ :D

6 komen


Solar Power Supply — Dah pesan, dalam 2 minggu sampai la, harap-harapnya~ {1}


Programmable LED gallery — Kreativiti menggunakan LED. {0}


MAKE: Blog — Blog pasal cara-cara nak buat macam-macam benda. Ini mesti dia tiru tagline Astro, “Macam-macam ada!“. {0}


Autojohnografi — John Hafiz(Vokalis band Onani yang horny dan perasan korea) masih hidup. Aku ingat sudah err..Malas nak cakap. Kini dia sudah kembali. Jangan sesekali biarkan awek, rakan perempuan atau adik perempuan anda dekat dengan blog ini. Anda telah diingatkan.. {0}




Flickr

DSC00154DSC00153DSC00152DSC00151DSC00150DSC00149

Tentang

Blog ini adalah Jurnal peribadi Mohd Huzairy Mohd Rezuan atau nama manjanya, Bat. Selanjutnya »