Post pertama aku!
Akhirnya, blog peribadi aku ni berjaya jugak online buat kali kedua..yang pertama tu aku dah jarang update, lepas ja guna hosting baru ni(exabytes), baru teringat lupa nak buat backup..hehe..Tapi takpalah, bukan ada apa-apa sangat dalam tu..
Blog ni akan menghimpunkan jurnal kehidupan aku(poyo)..hehe..Sebabnya aku tak boleh la nak cerita tentang kehidupan aku kat blog utama aku(infomalaya.com), nanti akan ada orang terpinga-pinga pulak dok fikir sapa la si Bat ni..
Dah penah jadi, tu yang aku cuba nak elakkan..
Taggies?
Jadi biarlah aku selesaikan misi yang belum selesai iaitu menjawab tag dari 2 orang insan ini..iaitu Manchurr dan Xero..Berkenaan 6 benda pelik tentang diri aku..Jeng Jeng Jeng!..
Yang Pertama
Aku suka tidur tapi waktu malam aku susah nak tidur..Tapi sekarang dah ok, Alhamdulillah..
Yang Kedua
Aku ada lesen kereta, tapi malas/tak reti/takut nak bawak..Aku pun taktau sebab apa, adakah aku penakut? Tapi aku suka merempit ngan moto, hehe..Aku rasa aku belum bersedia nak bawak kereta, dan aku taknak ada insan terkorban, tu yang aku takmau drive..hehe..
Yang Ketiga
Kadang-kadang aku ceria, dan kadang-kadang aku masam mencuka, bukan sebab aku ada marah kat sapa-sapa, tapi memang dah camtu perangai aku, mungkin dipengaruhi oleh kesihatan aku kut..
agaknya la..
Yang Keempat
Aku tak pernah terfikir untuk menjadi cikgu sekolah..Serius, sampai sekarang aku masih tak percaya lagi..Sebab background aku computer science..Aku terpaksa pada mulanya untuk menjadi cikgu..TAPI, aku dah mula rasa keseronokan mengajar..Bila tengok muka anak2 murid aku(termasuk la yg comel, nakal dan buas), sejuk hati aku..Walaupun aku ni jenis tegas, aku marah depa sebab nak mendisiplinkan, bukan sebab benci..
Yang Kelima
Aku amat meminati bidang kesenian, namun aku tak reti melukis atau mewarna, cuma sekarang aku didedahkan dengan teknik melukis(walaupun belajar sendiri)..Demi untuk mengajar anak-anak murid aku..haha..
Yang Keenam
Aku amat PEMALU kepada orang yang aku suka(maksud aku, awek la) , kelu lidah seribu bahasa bila terserempak ngan insan terpilih ni..miahaha..Tapi nanti bila aku dah established, InsyaAllah aku masuk minang ek.. Sapa tu? Rahsia la wei..hihihi..
Okeh dah abis!
Sekian sahaja jurnal untuk malam ini, esok ada kelas, assignment tak buat lagi..Naya aku macam ni..Projek Rangkaian blog aku pun dah mula berjalan, mintak-mintak menjadi..InsyaAllah.. ![]()
xeroxaven (#)
March 28th, 2007
wahaha..akulah pengomen pertama[huhu..dasyat..]
skali tgk url nih mcm batin4malaya la plak..ehehe..jgn mare en.bat..
aku pun mcm ko..ade lesen kete..tp maleh nak bawak..keke..aku rase moto aku lagi besh dr kete..
hampir sume same kot..ahakz..
satu soklan: ko mengajar subjek ape ye?
Bat (#)
March 29th, 2007
huhu..sori xero, aku tak perasan komen hang TERmoderate, lupa nak disable..haha..
Aah la, betui cakap hang, batinfomalaya..lucah betul..keke..mana ada marah..satgi kena juai..
Dah moto hang tu moto besaq, best la, tapi moto aku moto kapcai ja, tapi aku sayang moto tu..Nanti aku time aku kawin, moto tu akan bawak aku dan bakal bini aku..miahahaha..
Kat blog ni la aku boleh merapu sikit dan banyak2..nak syok sendiri pun boleh, ramai yang taktau pasai blog ni..hehe
lupa nak jawab, aku cikgu design n technology aka Rekabentuk teknologi aka kemahiran hidup..hehe
xeroxaven (#)
March 29th, 2007
ahahaha..besh gak nih..org pertame bertandang..wakakaka..
manchurr (#)
March 30th, 2007
huhu aku org kedua comment..
Aku amat PEMALU kepada orang yang aku suka (biasa la tuuuuuuuuu!)
Bat (#)
March 30th, 2007
@manchurr: ya ka biasa?hehe..sebelum ni aku tak la pemalu sangat ngan orang yg aku suka..aku ni jenis direct..haha..tapi kali ni, pelik skit la..Adakah aku bakal jatuh cinta lagi? Oh tidak!!
tidkamwygv (#)
July 3rd, 2007
Hello! Good Site! Thanks you! gekbapqclyxwdp
Bill370164135','395684143billy@msn.com','','27.152.31.127','2008-06-05 22:43:34','2008-06-05 22:43:34','','0','lynx','comment','0','0'),('0', '', '', '', '', '2008-06-06 22:43:34', '2008-06-06 22:43:34', '', 'spam', '', 'comment', '0','0' ) /* (#)
June 6th, 2008
None…
None…