Archive for June, 2007

Aku menjadi operator kilang..huhu

Wednesday, June 27th, 2007

Pagi tadi kelas pukul 10.30, ada kelas Elektrik dan Elektronik, sekali lecturer tanya balik pasai elektron, atom, ion, orbit, arghhh!!! Mana la aku nak ingat dah..Nanti nak kena buat nota, kena google la pasni..Lepas diskusi, kena lak masuk bengkel, pastu bermulalah kejadian di mana kami dikehendaki membersihkan bengkel berkenaan. Harap difahami, ini bukan bengkel elektrik seperti di sekolah teknik ya, ini bengkel yg agak advance skit..Gambar tak ada, nanti kalau ada aku letak sini.. =) Kena bersihkan satu-satu komponen yg ada dalam rak, lap ngan kain buruk. Aku ingatkan lecturer suruh bawak kain buruk tu nak buat eksperimen ngan elektrostatik, rupanya nak dijadikan alat untuk lap habuk..hahaha..Lantak la, aku layan ja tadi, macam pekerja kilang pun ada..Teringat zaman aku kerja kilang dulu-dulu..Seronok tapi agak membosankan..

Petang itu pula, ada ujian bolasepak. Masa main, aku ditekel oleh pihak lawan iaitu Dol, kawan aku, tercampak aku kat atas tanah yang agak kerasss la..Berguling-guling aku..Nasib baik dapat free kick..hehehe..Tapi sakit la badan..Auwww..huhu..Esok merasa la aku, ni pun dah mula rasa sengal2..Isk2..Nasib-nasib, minggu depan ada friendly lak, tapi taktau lagi ngan team mana, MyTeam kut? hahahaha..

Setakat tu saja, sebab aku dah rasa lenguh2 nak menaip..

p/s: Aku sudah mula jatuh cinta sama ExpressionEngine, dah kluar versi 1.6..Arghhh!! Susahnya nak memilih..Dah la mahal, campur semua dah deka-dekat 150usd!!huh..