Letih la pulak hari ni!
Tuesday, June 26th, 2007Berkenaan Physical Education :
Pagi tadi ada subjek Physical Education, seronok betul aku main dengan rakan-rakan, haha..Dah macam budak-budak pun ada, tapi lantak la, memang aku kena mengajar budak sekolah rendah pun =) Topik hari ni ialah bermain TAG dalam ragbi sentuh..Amat menyeronokkan!! Hahaha..Dan paling seronok apabila aku mengejar gadis idaman aku sehingga ke hujung padang..hehe..Padan muka dia..Nasib baik kiut..hehe..Dan selepas itu aku pula dikejar sehingga ke hujung padang oleh kaum hawa..Err, tag itu ialah satu aksi dalam ragbi sentuh di mana kita dikehendaki menyentuh pihak lawan.. ^__^
Berkenaan subjek Food Studies pula :
Tadi dalam lab, aku memakai pakaian lengkap lagak seorang chef..haha..Dengan lab coat dan topi chef, pasti gadis idaman aku tu akan jatuh hati, perasan betul aku..huh! Malangnya dia bukan sekelas dengan aku, tapi dia mengambil kursus lain.. =) Tak mengapalah, lupakan dulu hal itu. Tadi Shaun Nykvist(Australian) menunjukkan cara-cara menggunakan pisau dengan betul, banyak betul pisau yang dia tunjuk tadi, yang macam rupa parang pun ada! haha..Antara benda yang menjadi mangsa potongan dan hirisan aku ialah sang timun, ubi kentang, bawang besar dan lobak merah.. =) Agak kekok apabila disuruh menggunakan skill memotong dengan betul, kerana sebelum ini aku guna pisau ikut ‘dan’ ja..hehe..Ada skill rupanya..haha..Aisehmen, baru aku teringat, aku tertinggal timun dalam beg aku! Aiyark..mesti dah layu..huhuhu..Pasni aku pergi buang..kahkahkah…
Berkenaan ‘Projek’ aku dan Xero :
InsyaAllah aku akan siapkan sabtu ni, aku akan gunakan satu hari tu untuk develop framework..Maaf ya rakan-rakan opis, tapi aku tahu mereka juga sedang sibuk dengan projek masing2.. =) Aku support 110%! hehe..Aku nak tolong pun, dah ramai yang buat..hihihi..