Adakah esok masih ada untuk aku?
Kadang-kadang, terdetik kat hati kecik aku ni, nak tinggalkan dunia web, nak tinggalkan dunia blogging, nak tinggalkan semua komitmen yang aku tanggung..Sebab karekter dan peranan aku antara dunia web dan dunia nyata sememangnya berlainan..Dalam web, orang gelar aku sebagai blogger, designer dan koder. Dalam dunia nyata, aku cuma budak biasa(budak tua berumur 23 tahun) yang still lagi belajar nak jadi cikgu. Persekitaran aku tak langsung berkait dengan pembangunan web dan blogging. Dengan IT tu mungkin ada skit, tu pun sekadar nak cari maklumat dan akses data dalam QUT blackboard.
Seronok tengok kawan-kawan aku yang lain, hepi ja memanjang tanpa perlu fikir susah-susah nak update blog, nak siapkan kerja klien, nak collaborate dalam team dan sebagainya. Cuma perlu fikir nak siapkan assignment dan awek.Hahaha..Aku ni pulak, dalam masa yang sama kena cari idea nak blog, nak siapkan kerja klien dan seperti yang aku dah cakap tadi.
Itu yang terdetik dalam hati aku sekarang, aku jeles tengok mereka dapat melalui hidup mereka tanpa perlu susah payah pun. Hidup aku lak yang tunggang langgang, tak terurus, tak ada awek yang sangkut sebab aku takleh nak bagi komitmen, dok bz mengadap lcd.
Tapi aku pasrah, aku sedar peranan dan tanggungjawab aku. Aku sedar aku ni siapa. Dan aku sedar hidup aku, matlamat aku, dan kepercayaan aku lain dari mereka. Walaupun aku selalu membebel aku ni teruk, dan ramai jugak cakap aku ni teruk, tapi lantak la, dalam sedar tak sedar aku ni dah jauh lebih advance dari mereka-mereka tu. Bukan nak berlagak atau apa, cuma benda ni yang selalu aku lupa dan tak ambil peduli. Aku terlalu merendah diri sampai kadang-kadang aku tak sedar potensi dan kelebihan aku. Kekurangan tu memanglah ada, standard la kan, manusia mana ada yang perfect.
At least aku tak menyusahkan orang lain, aku tak sakitkan hati orang lain, dan aku boleh memotivasikan diri aku sendiri tanpa bantuan awek. Kalau pun aku ada masalah yang kronik, aku akan rujuk kepada mak aku, walaupun dia selalu menangis pasal aku, dia selalu marahkan aku, dia selalu bebel dalam telefon, dialah satu-satunya insan dalam dunia ni yang paling aku sayang dan aku sanggup menangis. Dia la yang selalu bagi peluang kat aku untuk berubah walaupun dia tahu anak dia ni agak nakal dan degil. Minta maaf ya mak, anak mak ni memang degil, tapi anak mak ni takkan biar lagi mak menangis dalam kesedihan, kalau nak menangis pun, biarlah dalam kegembiraan.
Dan, ketika ini, aku masih lagi leka dengan hubungan aku dengan seorang gadis, comel betul dia. Datang dalam pakej yang amat menarik, pemalu, sopan santun, cantik dan ayu, alim dan seorang bakal cikgu jugak. Aku selalu usik dia walaupun dia tak layan sangat sebab dia pernah bagitau aku, dia ni tak pernah bercinta lagi. Dan mungkin dia ni jenis tak suka bercinta ketika belajar. Tak apalah, aku respek pegangan dia. Jadi biarlah aku undur diri dulu sebelum diri aku ni jatuh cinta dengan dia. Tak apalah, kalau dah jodoh tak kemana kan?
Sebenarnya, aku ni macam dah serik nak bercinta. Bagi aku, bercinta tu hanya sesuai untuk orang gila atau bodoh. Tapi itu dulu, waktu aku frust..Bodoh betul aku waktu tu, sanggup kena main dengan perempuan. Sebab dah sayang sangat, sanggup ikut cakap dia, last-last dia blah, ikut orang lain. Kuat betul penangan waktu tu, sampai aku kena balik kampung, tenangkan fikiran, nasib baik mak aku ada. Dia la yang tenangkan dan kuatkan semangat aku balik. Walaupun aku dah tak berdendam lagi ngan perempuan tu, aku percaya, satu hari dia akan dapat balik apa yang dia dah buat kat aku. Karma beb!
Dan lepas insiden tu la aku mula berblogging, dengan kawan rapat aku, si Yazid. Semangat betul kami waktu tu, ada la dalam sebulan kamiu bincang pasal infomalaya. Tiap-tiap malam kami dok bersembang strategi dan angan-angan kami. Waktu tu, rasa macam senang sangat nak buat blog, senang sangat nak cari pelawat, dan senang sangat nak cari duit.hahaha..Lepas ja kami buat, sampai di pertengahan jalan, dia mula sibuk, tapi aku tetap tak salahkan dia. Dia pun kena pergi kerja, mana larat nak update blog, nak cari info dan belajar bab-bab website. Jadi dia tarik diri dengan cara hormat. Dan sampai sekarang aku tak beri lagi dia duit modal hasil perkongsian masa mula dulu. Aku nak kumpul dulu, duit dah ada sebenarnya. Tapi kalau nak ikut, gaji dia jauh lagi banyak dari duit yang kami leburkan sebagai modal dulu, hehe.. Takpa, aku rasa dia pun paham, dan aku tetap akan bagi. Itulah dia, membe aku yang aku anggap dia sebagai salah seorang genius di muka bumi ni. Sebut pasal genius, tak sangka lak aku, dah dua orang yang aku jumpa adalah keturunan genius, sorang yazid dan sorang lagi, takyah la sebut, rasanya ramai dah tahu nama budak tu..hehe..Partner aku jugak.
Sekarang ni, aku dibebani dengan kerja-kerja study, kerja-kerja klien(2 theme nak kena buat), dan kerja-kerja transformasi Infomalaya v4. Walaupun masa aku sama seperti orang lain, iaitu 24jam, aku rasa 24 jam tu macam tak cukup, walaupun aku ni orang cakap kuat tidur, aku kuat tidur sebab aku selalu berjaga, tu ramai yang taktau, sebab depa tak pernah tengok time aku buat kerja, depa cuma nampak aku waktu aku tidur..manusia oh manusia…Sakit hati gak bila orang permain-mainkan pasal kita, tapi aku amik langkah elegan dan gentlemen iaitu diamkan diri, malas nak cakap banyak-banyak, tak guna bercakap dengan orang yang takkan faham keadaan kita kan?
Aku menulis panjang lebar ni bukannya apa, sekadar nak mengurangkan beban kat bahu aku ni, orang cakap kalau kita luahkan masalah kita, masalah kita akan kurang, kan? Takkan nak luahkan kat awek? Aku mana ada awek. Nak luahkan kat mak aku? Dah cakap. Kat member?Roomate(Selalu tengking aku time tido, aku kalau tak bangun tu tandanya tak sihat la, lepas ni sila berbudi bahasa dengan aku skit, boleh?)? Depa lagi la, takkan faham keadaan aku, yang depa tau berkepit ngan awek, main frenster, masuk youtube, main game dan mengumpat orang..Kalau ada budak maktab terbaca ni, jangan segan nak rasa marah, bersalah atau hangin, sila kontek aku dan jumpa aku. Aku tak kisah..
Yess!! Aku dah berjaya lepaskan apa yang terbuku kat hati aku ni dalam satu entri, tahniah kepada mereka yang sanggup baca sampai ke baris terakhir. Apa-apa pun, aku tetap suka dan bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini walaupun aku ni tak berduit dan tak ada awek. Yang aku mau ialah, hidayah dan keredhaan Allah, dan semoga aku dapat menamatkan pengajian aku dengan jayanya. Ops, dan aku juga berbangga menjadi salah sorang ahli dalam HappyPeople Media, seronok dapat berkerja di sana..hehe
^_^ Sekian saja.
xeroxaven (#)
July 23rd, 2007
jadi diri sebenar adalah susah kerana kite musti nak jadi mcm org lain..kite cemburu tgk org lain..manusia memang ade sifat cemburu..lumrah alam..aku rase ape yg kau patut buat..adalah jadi yg mengembrakan kau..adakah kau suke bila jadi mcm diorang diorang disana..atau adakah kau suke menjadi diri ko sendiri..
be happy with what you have..then things that you have will make u happy. thanx to god..
good luck my friend
life is short..huhuhu..
bat..roomate ko yg memarah ko nih..meh sini bawak datang..
xeroxaven (#)
July 23rd, 2007
“Jurnal online seorang bakal guru yang minat web design”
i can say..thats what you are
Bat (#)
July 23rd, 2007
huhu..roomate aku tu, aku tak kisah sangat, biasa la tu, dah lama kami duduk sebilik, dah 3 tahun.. =)
Tenkiu Xero! ^_^