Blog / Arkib / Aku dan ’sesuatu’…

Aku dan ’sesuatu’…

Dah dua hari aku tak pergi kelas..Kesihatan aku semakin teruk kebelakangan ni, rakan-rakan dah mula bertanyakan pasal aku. Tak kurang juga yang memerli aku, biarkan saja. Aku sudah lali dengan semua itu. Terima kasih kepada teman sebilik yang memahami. lain kali gerak aku awal sikit tau. Haha..

Tadi aku ada masuk blog kenalan aku, Encik Nuzul Hayat aka ShutterSpeaks. Dah jumpa dia masa Rumpun 2007 baru ni. Entah macam mana, aku boleh ada kekuatan nak membaca entri-entrinya yang lepas-lepas. Sungguh aku tak percaya..Haha..Encik ShutterSpeaks seorang yang hebat. Aku seronok baca entrinya, yang berkisar tentang kehidupannya. Dan bila mengaitkannya dengan hidup aku sekarang, aku rasa aku ni macam tak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Tahu apa dia? MASA LAPANG.. Aku gagal memanfaatkan masa lapang aku sebaik-baiknya..Aku tidak menghargai masa aku, aku leka, alpa..semua ada la..Isk isk..

Ada aku pernah terbaca tentang satu artikel yang menyatakan jika kita dapat meluangkan masa selama sejam untuk sesuatu, itu sudah dikira cukup baik. Mungkin ada benarnya. Boleh dicuba kesahihan artikel ini sebab aku ada pelbagai perkara yang ingin dicapai sepanjang aku berada di maktab ini. Tahu kan apa yang aku capai? kalau tak tahu, boleh lihat tagline jurnal online aku ni, ada kat atas.. ^_^

Tadi sempat meluangkan masa dengan abang aku, dia datang ambil motor. Sempat jugak berbincang dengan dia pasal web, dia suruh aku belajar php, padahal aku sangat susah nak belajar php. Kalau xhtml dan css, memang aku suka, tapi php ni agak susah skit untuk aku. Mungkin lain hari. Lagipun, aku sudah berjanji yang selagi aku tak master lagi pasal css dan xhtml, dan jugak microformats, aku takkan cuba belajar benda baru lagi..

Mengenai InfoMalaya, aku dapat aduan dan komen tentang design v4 sekarang. Ada orang cakap yang design sekarang tidak lawa, tak user friendly dan tak menggambarkan langsung kemantapan InfoMalaya..Sebab tu aku sedang dalam proses merangka design baru. Tambah lagi keja aku..Ahahaha..

Kepada Affuan, nanti aku jawab tau tag kau tu, hehe..Sebenarnya aku ada rekod buruk pasal tag mengetag nih..huhuhu..



3 respon untuk entri “Aku dan ’sesuatu’…”

  1. kaSyah (#)

    ohhh…lama aku cari ko kat infomalaya xketemu.

    rupenya dah ada blog kat sini ye….besh2

    bat ni ramai peminat masa rumpun hari tu….hehe…

    sape2 yg cun sila tunggu giliran anda


  2. affuan (#)

    Haha. aku pun tak suka sangat tag mengetag nih. Dah orang tag, layan je la. Hui3.


  3. Bat (#)

    @kasyah: Mohd Huzairy tu aku la..Hehe..Mana ada, aku ni insan biasa sahaja..awek pun takda lagi..hihi

    @affuan: aku dah jawab, tapi jawapannya mungkin mengecewakan hang sikit…Sori2..

    Aku masih belum MERDEKA!


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen