Blog / Arkib / Hari ni aku buat kerja gila!

Hari ni aku buat kerja gila!

Aku tak tidur dari semalam..Biasa la kan? Ramai lagi yang tak tidur malam..Subuh tadi aku pergi makan roti canai dan pekena nescafe panas kat kedai mamak..Biasa lagi kan? Tapi lepas aku makan, aku boleh singgah kat tasik Sri Permaisuri, bukan untuk berjoging, tapi menunggu seseorang..Lama gak la aku tunggu, sejam agaknya..Tapi si dia tak muncul-muncul..Aku tunggu lagi, pun tak muncul jugak..Lepas tu aku pun angkat kaki nak balik..Pun dia tak muncul-muncul jugak..

Masa nak balik, aku tengok kat tasik ada larian merdeka anjuran DAP, hehe..Dalam ramai-ramai orang yg sertai tu, aku nampak la ada jugak orang Melayu..Biarlah, negara kita kan demokrasi.. ^_^

p/s: Sebenarnya aku tak buat apa-apa janji pun nak tunggu si’dia’..Aku yang poyo pergi tunggu dia kat sana, sekali hari ni dia tak pergi tasik..Aku dah miscalculated.. Tapi aku tak la kecewa..Takpa, minggu depan ada lagi, aiseh, minggu depan aku nak kena pergi Johor..Takpa, minggu depan punya depan ada lagi, InsyaAllah.. ^_^



3 respon untuk entri “Hari ni aku buat kerja gila!”

  1. affuan (#)

    Haha. First time aku baca weird post dari ko Bat. Kui3.


  2. Bat (#)

    @affuan: haha..cuba kau selongkar entri2 aku sebelum ni..lagi pelik dan jelik..wakaka..

    Affuan, aku dah cuba mengomen kat blog hang, tapi rasanya dah masuk spambox la..IP aku ni bermasalah skit..Akismet dah cop sebagai IP spammers..


  3. affuan (#)

    Oh, aku dah de-spam komen ko. Rupa2nya ramai yang komen tapi tak lepas. Banyak sangat spam. Huhu.


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen