Blog / Arkib / Aktiviti untuk hari ini…

Aktiviti untuk hari ini…

Hari ni, aku bangun lambat, mentang2 la hari Ahad..huh…Lepas mandi, terus naik moto pergi Jalan Bukit Bintang, nak shopping la konon, hahaha..Sorang-sorang pun jadi kerja aku nih..Destinasi pertama ialah Plaza Lowyat, sebab aku parking moto aku dalam tuh, lepas tu jenjalan kat sana, ushar2 barang, ada dua benda yang menggamit aku (dalam hati ada terdetik nak sambar) iaitu MousePad Razer berharga RM120, agak seronok dan berbaloi kalau beli, sebab amat membantu ketika aku nak buat tracing dan sketching dalam InkScape, lagi satu benda ialah Wacom versi murah, RM280+, dia murah sebab takda software bundle, yang jadi mahal tu sebab dapat sekali ngan software2 untuk draw. Tapi aku biarkan, sebab fikir nak jimatkan duit sikit kali ni..hehe..

Destinasi kedua ialah Plaza Sg Wang, aku melilau dalam tuh, naik sampai tingkat atas, singgah kedai alat muzik, sebab nak beli set tali gitar baru, bridge gitar aku(yang lama dah retak, ganas sangat main, haha) dan juga pick. Lepas tu, singgah kedai buku grafik, membaca kejap buku2 grafik dalam tuh, takda peluang lagi nak beli, sebab aku taknak serabutkan kepala otak aku. hehe..Lepas tu singgah lak kat MPH, ushar buku lagi, kali ni aku terjumpa satu buku yang aku rasa akan beli, iaitu buku “Bulletproof Web Design” oleh Dan Cederholm, sebelum ni aku ada cakap kat Xero yang aku nak beli buku Microformats, so sekarang aku dah ada 2 buah buku yang InsyaAllah aku akan beli. Mungkin lepas siap kerja2 aku kut. Hehe..Dapat duit gaji terus la aku beli..Tunggu ek Iskandar..Hehe..

Lepas membaca buku free, aku pun terus cabut nak pergi membaca kat The Borders di Times Square lak, tapi terserempak ngan rakan-rakan aku. Jadi, disebabkan aku kesorangan, maka aku pun ikut la kawan2 aku tadi. Kurang2 tak la kesepian sangat..Haha..Kami pergi Times Square, waktu jalan2 tuh, aku TERmasuk kedai kasut, nampak lak kasut Dr Cardin, lawa sehh! Pattern baru, design dia simple, tapi cushion dia tebal dan siap ada absorber kat bawah tumit kasut tuh..Jadi bila pakai, sangat selesa..Tapi aku tak beli sebab pekerja kedai tu macam tak pedulikan aku padahal aku siap dah duduk dan test kasut tu. Ingat aku takda duit ka? Ciss, maka aku pun blah la, malas nak membeli kat kedai macam tuh, sombong sangat dengan orang macam aku. Mentang-mentang la aku ni nampak cam takda duit (Padahal memang takda duit sangat pun!)..huhu..

Kami berbuka kat dalam Giant, minum air dulu sebab cadang nak makan kat kfc, sambil tunggu KFC surut, aku pun berjalan2 la dalam Sg Wang, nak cari kasut Dr Cardin tadi. At last, jumpa gak satu kedai, kali ni aku disambut dengan baik, maka tanpa berlengah aku pun terus cuba saiz, cuba punya cuba, aku pun angkat saiz 7. Siap ada diskaun 10% lagi, huhu..Maka membayar la aku, lepas tu terus pergi kfc, isi perut..hehe..

Lepas makan, terus aku pergi amik moto aku kat Lowyat, pehtu terus merempit balik maktab..Alhamdulillah aku selamat sampai, jalan pun tak jem sangat malam nih..Tadi aku dah tukar tali gitar aku, susah betul nak tune guna tali gitar nylon nih..huh! Tapi takpa, disebabkan aku terer, maka berjam2 gak la setting..Hahaha..Letih!! Okeh la, esok aku nak rasmikan kasut baru aku tu, nak tengok camna prestasi dia..Hihihi..

Dan, tak lupa juga kepada rakan-rakan aku yang selalu datang sini (Xero,EmptySpace,Affuan,Megat,Rasso), hangpa dah shopping raya belum? ^_^



4 respon untuk entri “Aktiviti untuk hari ini…”

  1. tentangseseorang (#)

    beli je gitar tuner mcm aku. takder letih telinga nak tune gitar. ehehehe


  2. Affuan (#)

    Hehe. Berbelanja pun beringat Bat. Nak raya dah ni oi. Bukan ko bleh bawak beraya memana pun wacom ngan mousepad ko tu. Lain la ko banyak duit. Kuih3.

    p/s: Bat, email aku resepi chicken chop! Banyak mana yang ko ader. Dah banyak aku cuba yang lain tapi hampeh tak sedap! (bukan kerana aku tak pandai - bini aku) Haha.


  3. Bat (#)

    @tentangseseorang: Ahaha, aku tak pernah cuba lagi guitar tuner tuhh..Belum ada peluang, hehe..Terima kasih sebab datang sini..

    @Affuan: hehe, don wori, memang aku tak beli pun, hehe..

    Japgi aku post entri pasal chicken chop tuh..Aritu ada buat..Tapi sos chicken chop ni susah skit nak buat..huhu..


  4. emptyspace (#)

    sama-sama.. aku tak shopping utk raya.. hux3


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen