Donut bakar kembang tak hengat, donut goreng terkeluar isi…
Friday, September 28th, 2007Tadi, selesai satu tugasan, iaitu membentangkan topik “food technology” dan juga membuat sessi praktikal. Pembentangan berjalan agak lancar, walaupun ada suara-suara sumbang dan cari pasal di belakang sana..Hahaha…Takpa, takpa, aku tak ambik hati pun.. ^_^ Manakala sessi praktikal pula mencatatkan satu pengalaman yang tak pernah aku alami. Agak lucu, aneh malah kadangkala menakutkan…
Aku dan partner bergabung tenaga menyuruh rakan-rakan membuat donut. Tapi bukan donut biasa. Ini donut luar biasa atau yang macam aku sebut dalam kelas tadi iaitu, donut inovatif. Mulanya, semua berjalan lancar, proses mengadun bahan, mengayak dan menguli tepung agak sinonim dan dilakukan dengan penuh bersemangat. Entah apa yang merasuk rakan-rakan aku tadi sampai semuanya nampak bersungguh-sungguh.
Tapi, bila masuk part membentuk dan memasukkan inti(Donut ni ada inti!), masalah mula timbul. Jem strawberi, jagung manis dan juga coklat cair yang tak berapa cair mula melimpah keluar. Ini semua kes overflow dan juga tidak membuat kelim di sekeliling donut. Maka lahirlah beberapa generasi donut alaf baru sempena raya. Cukup mengghairahkan, meloyakan, dan juga kadang-kadang agak horror bila tengok. Tambah mengharukan bila Puan Nora kesayangan aku mengatakan “Inovatif la sangat buat camnih! Dah melimpah tu camna nak gorengnya? Dah! Pergi masukkan dalam oven.”.
Bakar? Donut? Donut bakar??!! Horror, sangat horror. Dah la aku tak pernah tengok donut bakar, pulak tu dah lari dari planning asal lesson plan aku, pastu aku mana tau nak set kan masa dan suhu untuk oven..Hangpa penah tengok donut bakaq? =_= Maka donut yang berbentuk macam kuih pau, cucur badak, popia goreng, kuih ketayap, dumpling pun ada! dan juga bentuk ular melingkar dimasukkan ke dalam oven. Aku cuma mampu melihat dan berdoa supaya semuanya berjalan lancar walaupun plan dah berubah. Rasa nak lempang muka membe ngan kuali leper pun ada bila ada di antara mereka yang buat-buat marah kat aku sebab jadi macam nih..Haha..Padan muka hangpa semua! ^_^
Tapi ada juga yang membuat donut secara normal iaitu dengan cara menggoreng. Lepas dah goreng, salut dengan coklat cair yang lesu, lepas tu aku taburkan gula ising. hehehe.. ^_^ Yang goreng sampai jadi cokodok pun ada, lepas tu cucuk dengan lidi dan kemudiannya ditabur dengan coklat rice warna warni. Kreatif betul budak kelas aku, mengalahkan Steve Jobs. Tapi, aku yakin dan percaya yang semuanya gembira dan seronok dalam kelas tadi. Kalau ada yang cakap tak seronok atau aku ni gila, itu semua tak boleh diterima pakai. Ingat senang ka aku ngan Pijon nak buat aktiviti nih?!! Hahaha..
p/s: Kepada rakan-rakan sekelas, sedap tak donut yang diberi nama DunJon Donut itu? Hahahaha…Kalau sedap sila maklumkan, kalau tak sedap, padan muka hangpa semua..Hahahaha….
Maaf, entri agak kasar dan elemen merapu banyak digunakan. Dan juga tiada gambar sebab aku takda kamera atau henpon berkamera. Jom pergi solat Jumaat lepas nih..