Blog / Arkib / Tag dan juga resipi chicken chop!

Tag dan juga resipi chicken chop!

desktop.png
Baik, gambar di atas adalah screenshot desktop aku, Affuan teringin sangat nak tengok, hahaha..Aku selalu tukar wallpaper, tapi yang paling aku suka ialah wallpaper Aqua dari Apple. Nampak lawa lak bila kena dengan widescreen.

Dan tadi Affuan ada mintak resipi chicken chop, ingat nak emelkan, tapi baik aku taip sini terus, boleh kongsi ramai-ramai..Hehe..

Chicken Chop

Bahan-bahan A (Ayam)

1) 1/4 ayan yang telah dibuangkan tulangnya
2) 2 tbsp serbuk roti
3) 1 bijik telur ayam (Pukul dengan sedikit garam dan lada sulah)

Bahan-bahan B (Sos)

1) 1 tsp bawang putih yg telah dicincang
2) 1 dsp bawang besar yang didadu
3) 100 ml air stok ayam
4) 50 ml susu UHT
5) 2 biji cendawan butang yang dicincang/dihiris
6) 2 tsp butter
7) 1/2 bay leaf
8 ) Garam dan lada hitam secukup rasa
9) 2 tsp tepung gandum

Kaedah penyediaan bahan A:
1) Salutkan ayam dengan telur dan kemudian golekkan di atas serbuk roti, hehe..
2) Goreng sehingga keemasan.
3) Ketepikan dahulu.

Kaedah penyediaan bahan B:

1) Panaskan butter di atas periuk, tumiskan bawang yang telah didadu dan bawan putih.
2) Masukkan air stok ayam yang telah dicampur dengan tepung gandum tadi. kacau hingga sebati.
3) Masukkan bahan-bahan yang lain. Dan kacau sehingga semua bahan sebati.
4) Dah siap!

Aha, itu la resipi yang aku guna masa aku buat praktikal dalam maktab nih, kalau tak sedap jangan marah arr..Hehe..Tapi aku berani jamin yang ayam salut serbuk roti tu sedap..Haha..



4 respon untuk entri “Tag dan juga resipi chicken chop!”

  1. Affuan (#)

    Simple gila babeng. Aku ingatkan desktop designer macam hang nih penuh keserabutan. Kui3. BTW, TQ for the recipe. Nanti aku suh bini aku buat sambil aku menonton TV. :D


  2. Affuan (#)

    Er Bat, SOS untuk Chicken Chop versi tomato x de ke? Demand plak dah aku. :D


  3. Bat (#)

    @Affuan: Aku memang suka simple mimple nih. Hoh, designer memang jadi serabut ka? haha, tapi otak berserabut tu memang iya la..Tiap-tiap masa otak serabut..

    Bestnya kalau dah kawin, ahahaha…Nanti kalau aku dah kawin(InsyaAllah), taknak gtau la kat bini aku yg aku reti memasak, nanti aku lak kena masak..hihihi..

    Alamak Affuan, versi tomato takda la pulak..Huhuhu..Sori2..Tadi masa kelas aku masak spaghetti bolognaise, hehe..Tunggu lepas berbuka la baru nak rasa sedap ka tak.. ^_^


  4. A (#)

    waa..mantap la..mane blaja ni?ni 1 of my fav food..nk try laa nnt..heh;p


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen