Keadaan semasa
Owh, aku sekarang semakin malas nak menulis. Sebabnya aku banyak habiskan masa dengan buat hal-hal peribadi dan tidur(Dan semestinya pergi kelas). Antara aktiviti-aktiviti yang telah dikenal pasti:
1) Layan Prison Break Season 1(Baru nak tengok padahal dah masuk season 3).
2) Layan drama Hanakimi dan Witch You Hee(Menaikkan level romantik dan sentimental dalam diri aku, ngahahahaha).
3) Bermain-main dengan kamera baru, tengah belajar camna nak amik gambar dengan elok(Tengah cari tripod untuk shooting waktu malam).
4) Tengah update Flickr! Terima kasih kepada Hafreze sebab tolong aku setelkan hal online payment, hehe..
5) Sedang rajinkan diri pergi kelas.
6) Tengah siapkan theme baru(lagi!).
7) Sedang giat mengurat dan menekel si gadis Pahang(Arghh!!).
Akibat dari aktiviti di atas:
1) Waktu tidur dah jadi lintang pukang.
2) Aku dah malas nak update InfoMalaya(Serius!).
3) Makin asyik menangkap gambar, sampaikan terbeli Flickr PRO. huhuhu…Ok la, bukan terbeli, memang dah lama mengidam, hehe..
4) Banyak masa terbuang sebab asyik layan drama korea ngan jepun. (Nama saya Rain~Ngahahahaha!)
5) Dah jarang masuk blog rakan-rakan(Sebab slalu baca dalam feedreader sahaja)
Itu saja rapuan aku kali ni. Tapi aku serius, aku sekarang dah jadi malas nak menulis dalam INfoMalaya. Bukan kena sampuk ngan Writer’s Block, tapi rasanya sebab dah takda mood dan fokus. Harap-harap tak lama.
Saya yang selfish,
Bat
Pembebel (#)
January 27th, 2008
Nama saya Park Wan Jam. Nama pendek, Jamban. Waaahahaha. Weh, ko kena cari penulis baru la wei. Sayang abandon gitu je InfoMalaya. Visitor ramai. Ko nih. Huhu.
affuan (#)
January 27th, 2008
wei, bat. ko x review pasal freerice.com? aku rasa review tu ok gak untuk diletakkan di infomalaya. huhu.
dr.xero (#)
January 27th, 2008
sepatutnyer…no 7 tuh teratas tuh..
rasso (#)
January 27th, 2008
Alahai~
pe pun… tahniah dah join flickr pro…
lepas nie leh la ko load gambo ko dulu dan sekarang…
Wizurai (#)
January 27th, 2008
owh, patutlah InfoMalaya xde info baru…
Wizurai (#)
January 27th, 2008
tambah lagi,
tunggu ko beli tripod… dan apa respon lepas ko dapat tripod tu nanti… manalah tau aku pun terbeli tripod ke…
syia (#)
January 28th, 2008
tangkap pic apa bebyk tu?
Azhar Ahmad (#)
January 28th, 2008
Hahahahha, lawan sifat malas tu…. Lawan
azrn (#)
January 28th, 2008
urmm…

ni lagi sekor aku jumpa penulis blog yg malas. huh~ semalas-malas aku pown…aku semangat lagi tau.
takde mood n fokus cuma alasan saja!
azraai (#)
January 29th, 2008
aku cadangkan ko tambah satu lagi aktiviti. surft myspace sambil dengar music dari band profile dan juga layan camwhore.
aku tgh proses akhir ni dari myspace ke facebook.
owh ya mana lama hilang sms tak jawab.
azraai (#)
January 29th, 2008
shit wordpress ko takleh guna html tag ker.
megat (#)
January 29th, 2008
Uiks malas la pulak. Bat! Tulis jgn x tulis! Masih ramai lagi rakan-rakan yg menanti kan pemulisan ko eheh.
Ok tak klu aku wat cerpen jer wakaka
Bat (#)
January 29th, 2008
@Pembebel: huhu..mana ada popular pun, skit2 ada la, hehe..
@Affuan: Owh, freeRice, pernah main..Tapi tak jadi blog sebab dah ada orang yg tulis..hehe..
@Xero: yg tu gurauan semata2, haha..
@Rasso: tenkiu..Aku dalam proses nak upload, tapi ada masalah ngan koneksi..huhu..
@Wizurai: Dah beli tripod, nanti aku tulis pasal hasilnya..InsyaAllah
@Syia: Saya suka bergambar, eh bukan, amik gambar, hehe…
@AzharAhmad: Dalam proses, hehehe…
@Azreen: huhuhu..Akak Azreen jangan la marah I..huhu…
@Azraai: myspace? urghhh…Aku tak sihat semenjak dua menjak nih..Nanti aku msg hang..
@Megat: Aku tulis merapu2 boleh la Megat, huhu..Sabar ek, dalam proses penjelmaan semula nih..ngehehe..
sis (#)
January 31st, 2008
salam bat,
lama sis xmasuk sini sbb bz..
sis dah beli slr bat
eos 350d
nnt bila bat balik seberang jaya bagitau sis ek..leh ajar sis guna si canon tu..sis xpandai la *smile