Telinga uh telinga
Hari ni, ada perkara bersejarah yang berlaku…Ada pahit, dan of course, ada yang manis.
Kita mulakan dengan cerita sedih dulu. Semalam dan pagi ni, aku tak sihat. Kepala aku pening-pening. Sangat pening yaw. Dah pening, dah tentu la aku tak leh pergi kelas. Akibatnya, lecturer aku naik temper ngan aku. Dia bajet aku sengaja tak datang kelas. Roomate aku tak tahu yang aku pening. Tapi bukan salah dia, sebab aku sendiri tak bagitau kat dia yang aku tak sihat. Pandangan orang waktu tu, semua fikir yang aku tido dalam bilik. Sengaja tido tak nak datang kelas. Kebanyakan orang dah anggap aku ni devian dalam maktab nih..
Hari ni pun, aku tak pergi kelas. Pening tak habis lagi. Seperti biasa, topik perbualan dalam kelas ialah, sessi mencerca dan mencari punca aku tak datang kelas. Yang aku tak suka, timbul perkara-perkara peribadi yang takda kena mengena langsung. Contohnya, aku ada masalah dengan perempuan, dah tu ada pulak suara-suara sumbang yang cakap pasal hubungan aku dengan si Gadis Pahang dan Liza..Tutor aku tengah nak selidik siapa budak perempuan 2 orang tu. Memang nahas la kalau dapat tahu. Nasib baik takda orang yang sebut nama. Kalau ada, err…Punah harapan agaknya..huhu..
Pun ada jugak yang pertikaikan keputusan exam aku sebelum ni, masih ada yang tak puas hati. Ada yang sanggup cakap, “Bat tak datang kelas pun dapat markah gempak…”(Sila baca dalam nada kecewa)…Ya, aku tahu aku malas, tapi malas-malas aku, aku siapkan kerja aku tau. Tak suruh orang lain tolong siapkan kerja aku. Aku sanggup tak tidur semata-mata nak siapkan kerja. Kadang-kadang aku tak tahu la apa benda yang buat sesetengah orang tu jadi dengki ngan aku. Aku tak hensem, tak kaya, takda awek, takda kereta pun, pendek kata, banyak kekurangan la. Itu pun nak main kasar ngan aku yang serba kekurangan nih..
Apa pun, aku tak salahkan orang-orang yang kutuk aku, sebab depa taktau keadaan aku, masalah aku dan dalaman aku. Orang kebiasaannya memang akan tengok dari segi luaran. Itu ke’biasa’annya lah kan? Tapi Alhamdulillah, sebab benda ni la aku boleh nampak sapa kawan aku, dan sapa yang ada potensi untuk tikam belakang aku satu hari nanti. =)
Baik, abaikan dulu cerita sedih tu(Ada lagi, tapi tak sanggup nak tulis..), sekarang kita masuk bab happy pulak, hehe…
Disebabkan dah 2 hari aku pening, jadi semalam aku pun pergi la ke klinik kerajaan ngan kawan aku. Doktor tanya aku sakit apa, aku jawab la pening-pening, tapi rasa macam tak selesa dalam telinga kanan. Dia amik benda apa ntah, teropong dalam telinga aku. Lepas tu dia cakap dia dah tau sebab aku pening. Dia kata dua-dua telinga aku tersumbat, so kena cuci la.
Lepas tu baru la aku teringat balik, jadi selama ni, anggapan aku yang telinga kanan aku dah rosak tu silap la. huhuhu…Aku mula rasa masa aku kat UiTM lagi, tahun 2004 rasanya. Jadi dah 4 tahun camtu la aku kena benda ni. Tau camna aku rasa? Cuba tutup lubang telinga kanan dengan jari, lepas tu cuba cakap apa-apa..Camna rasanya? Teruk kan?
Masa aku dirawat tu, brader Medical Assistant tu buat kerja cukup cermat, habis 3 botol cecair pencuci telinga habis. Sebab telinga aku dah agak kronik dan infected(Maknanya ‘benda’ tu dah melekat kat kulit)…Pening kaw-kaw masa kena cuci tu..Tapi telinga kanan aku degil skit, sampai kena tarik keluar guna penyepit. Akhirnya, keluar jugak ‘benda’ yang selama ni hidup dalam telinga aku. First time aku tengok, memang terkejut, sebab saiz dia sama ngan kuku jari kelingking aku! Boleh bayangkan? huhu…
Jadi lepas dicuci tu, barulah pendengaran telinga kanan aku kembali normal setelah 4 tahun jadi ‘pekak’ sedikit…Patut la slalu sakit kepala, pening kepala ngan susah nak bangun. Rupanya ada ‘benda’ yang sumbat telinga aku.
Aku sangat-sangat lega dan syukur, sebab kalau aku tak pergi klinik, mungkin selama-lamanya ‘benda’ tu akan duduk dalam telinga aku..huhu..Alhamdulillah… ^_^
Jadi aku ada la sebab kukuh kenapa aku tak pergi kelas dua hari walaupun aku takda MC. Tapi resit pendaftaran ada, jadi guna yang itu ja la..hehe..
Owh, kepada kawan-kawan, sila hargai dan jaga nikmat yang Allah dah beri pada kita. Jangan jadi macam aku, dan terkena baru nak menghargai sesuatu.hehe..Korek-korek la telinga tu ek, jangan sampai tersumbat! hahaha…
Okeh, panjang dah aku menulis nih, huhu..Jumpa lagi!
Saya benci backstabber,
Bat
Iskandar (#)
January 30th, 2008
Masa ko cakap pening2, aku nak tanya samada ko ada muntah2 gak tak ?
Hehehe …
Nasib baik ko explain further … keh keh.
Sedih gak aku “dengar” keluhan jiwa ko nih. Rilex,
Allah kata,” For every difficulties there is relief. Verily, For every difficulties there is relief.” 2x emphasize tuh!
rasso (#)
January 30th, 2008
syukur tuhan…
jangan down-down lagi bro…
relek… dan cool….
Azhar Ahmad (#)
January 30th, 2008
kesian kamu. nak cekelat? ke nak cekedis
emptyspace (#)
January 30th, 2008
4 tahun ea bat ko menderita sakit tu! heheh.. tu la ko.. aku suh pi spital ko taknak..
backstabber mmg macam ci.. takpa.. ko abaikan je.. zaman U sekejap je.. tengok aje nanti siape berjaye dan siape yg kecundang..
p/s: bende kat telinge tu idop ke? nape ko tak snap gambo die sket.. nak gak tengok gambo bende tu.. hu hu hu
mazudi (#)
January 30th, 2008
Loo….
Nak gi cari putik kapas nak kkorek telinga gak la.
“Jangan jadi cam Bat ya. Nanti telinga tersumbat, boleh pening pening”, kata aku pada anak anak aku.
fazlee (#)
January 30th, 2008
lain kali jgn malaih nak korek telinga….
cuya (#)
January 31st, 2008
lawak la ko ni…tak korek telinga banyak tahun….patutla pekak sedikit…
kebersihan kene jaga…lepas mandi korek telinga tu ngan putik kapas…time tu senang nk cuci…
zaman U, ramai backstabber…betul ckp emptyspace, lepas U nnt tgk aja sapa berjaya sapa kecundang…so, pandai2 bawa diri
- Dr. Cuya
megat (#)
January 31st, 2008
Alhamdulillah dah selesai masalah tu.
Psl backstabber tu biasa berlaku, kena pula dikalangan melayu dan masa belajar.
Dlm alam pekerjaan lagi teruk! Mungkin mereka ni jauh lagi dari tamadun ekeke
syia (#)
January 31st, 2008
wahaha pasal telinge ke..
syia pun nah jugak kene mase nak SPM lak tu.. telinge belah kanan gak.. rase cam.. jalan x stabil tu yang kalau jalan kat koridor sekolah mesti jalan belah tepi yang dekat dinding..supaya nampak jalan tu straight kalau x nanti syia x leh agak balance badan..
mak punye la tak caya syia kata syia sakit telinge..
alih2 jmp telinge kene vakum telinge perr sakit gile..berdesing2..
affuan (#)
January 31st, 2008
oh, aku baca sikit je pasal sakit telinga ko tu. alhamdulillah dah ok. yang menarik bagi aku adalah pasal backstabber. aku pun cukup benci manusia cenggini. hipokrit.
Izie (#)
February 1st, 2008
mesti hitam hiler kan bat ko nyer tuh???
hish…hish…hish
azrn (#)
February 1st, 2008
hahaha..adoii… ni kes pemalas nk korek telinga la ni…
aku prasan org laki kan (erK? tak semua ar) mmg jarang bersihkan part telinga dia..
tunggu smpai dah melekat dulu baru sedar..
hahaha..
learn a lesson from it!
kekero (#)
February 3rd, 2008
so itulah pucanya hg x pi kelas dulu ye bat? tu sebab hg sllalu tidoq ye masa kat arau luh? kalo awal2 dulu hg pi korek telinga dulu da grad dah,huhuu