Archive for January, 2008

Keadaan semasa

Saturday, January 26th, 2008

Owh, aku sekarang semakin malas nak menulis. Sebabnya aku banyak habiskan masa dengan buat hal-hal peribadi dan tidur(Dan semestinya pergi kelas). Antara aktiviti-aktiviti yang telah dikenal pasti:

1) Layan Prison Break Season 1(Baru nak tengok padahal dah masuk season 3).
2) Layan drama Hanakimi dan Witch You Hee(Menaikkan level romantik dan sentimental dalam diri aku, ngahahahaha).
3) Bermain-main dengan kamera baru, tengah belajar camna nak amik gambar dengan elok(Tengah cari tripod untuk shooting waktu malam).
4) Tengah update Flickr! Terima kasih kepada Hafreze sebab tolong aku setelkan hal online payment, hehe..
5) Sedang rajinkan diri pergi kelas.
6) Tengah siapkan theme baru(lagi!).
7) Sedang giat mengurat dan menekel si gadis Pahang(Arghh!!).

Akibat dari aktiviti di atas:

1) Waktu tidur dah jadi lintang pukang.
2) Aku dah malas nak update InfoMalaya(Serius!).
3) Makin asyik menangkap gambar, sampaikan terbeli Flickr PRO. huhuhu…Ok la, bukan terbeli, memang dah lama mengidam, hehe..
4) Banyak masa terbuang sebab asyik layan drama korea ngan jepun. (Nama saya Rain~Ngahahahaha!)
5) Dah jarang masuk blog rakan-rakan(Sebab slalu baca dalam feedreader sahaja)

Itu saja rapuan aku kali ni. Tapi aku serius, aku sekarang dah jadi malas nak menulis dalam INfoMalaya. Bukan kena sampuk ngan Writer’s Block, tapi rasanya sebab dah takda mood dan fokus. Harap-harap tak lama.

Saya yang selfish,
Bat