Masa ouh Masa~
Friday, February 15th, 2008
Masa semakin jeles ngan aku sekarang. Sampaikan kadang-kadang rasa macam 24 jam tu tak cukup. Ada jugak terpikir nak praktikkan teknik ‘Uber Sleep‘, tapi takut tak mampu nak buat lak, hehe..Ka aku ni sebenarnya yang tak pandai nak menguruskan masa? Ceh, buang karen betui la..Haha..
Tapi takpalah, ok apa life macam ni, aku bersyukur sebab aku masih boleh lagi buat benda yang aku suka dan kena buat. Cuma kalau nak betul-betul berjaya, kena la berkorban kan? Mana boleh kalau asyik makan tido boleh dapat apa yang kita nak(Melainkan kalau kita ni anak billionaire~). Hehe..
Sebut pasal masa, aku rasa macam tak sempat nak buat tuisyen wordpress buat masa terdekat nih. Tapi jangan risau, kalau ada apa-apa masalah ngan CSS atau Wordpress, add aku dalam ym, ni ID aku, “je_bart“(abaikan bracket itu), jangan kasik kat orang lain tau. Ini rahsia antara kita sahaja. Hehe..Aku selalu online ym, jadi jangan segan kalau ada apa-apa nak tanya berkenaan web development. Jangan tanya pasal AJAX, Rails, PHP ngan JavaScript dah la, sebab memang aku tak reti benda-benda tu semua.
Ok geng, jumpa lagi~
Kaki yg lenguh,
Bat