A letter of confirmation
Sunday, March 30th, 2008Dengan ini, saya Mohd Huzairy Mohd Rezuan @ Bat ingin memberitahu yang, blog infomalaya.com akan menarik diri dari rangkaian HappyPeople Media. Berikut adalah beberapa sebab dan persoalan mengapa penarikan ini dibuat:
1) InfoMalaya tidak semeriah seperti dahulu(sebelum bernaung di bawah HPM). Punca yang dapat dikenal pasti ialah kerana Bat memberikan komitmennya terhadap projek-projek HPM yang lain, dan merekabentuk design dan theme wordpress. Tiada penulis yang ingin menulis walaupun telah diberikan kepercayaan untuk menulis di sana.
2) InfoMalaya.com walaupun digembar-gemburkan dengan slogan “Bukan sekadar blog”, sebenarnya hanyalah bersandarkan pada isi kandungan entri semata-mata, dan bukannya pada jenis CMS.
3) Identiti infomalaya akan hilang sekiranya projek aggregator di infomalaya dilakukan. Infomalaya adalah sebuah blog, bukan aggregator seperti blogtitude.com.
4) Cross-site membership akan menyusahkan pengguna. Sekarang kewujudan blog semakin banyak dari hari ke hari, dan kenapa kita perlu menyusahkan pengguna mendaftar cuma untuk membaca entri dan menghantar komen.
5) HPM sekarang sudah tidak seperti dulu lagi. Mohd Ismail seolah-olah meminggirkan rakan sepasukan dengan tidak berbincang terlebih dahulu tentang penubuhan blog/laman web baru. Sedar-sedar sudah ada laman web yang dibahagian footernya tertera milik rangkaian HPM. Kita sebagai sebuah organisasi sepatutnya tidak boleh membuat keputusan tanpa berbincang dengan ahli yang lain. Bukankah lebih molek kalau setiap pengumuman dibuat di blog rasmi HPM?
6) Tentang laman-laman web HPM yang lain. Sepatutnya kita mementingkan kualiti dari kuantiti. Justeru mengapa kita masih ingin menghasilkan laman web yang baru sekiranya masih ada laman web kita yang terbengkalai/ perlu diselenggara?
7) Tentang musicmalaya.com. Mengapa tidak lama dulu laman web yang dalam proses pembangunan ini digantikan dengan blog untuk memuat turun mp3? Ini bercanggah dengan slogan HPM, “Revolutionize Malaysian Web Sphere”. Adakah kita ingin disamakan dengan lanun cetak rompak atau laman-laman web muat turun mp3 yang lain?
Sehubungan dengan itu, saya berharap agar keputusan penarikan ini dipersetujui oleh semua ahli. Sila terima segala apa yang saya sampaikan ini dengan hati yang terbuka.
Sila ambil perhatian yang saya tidak menarik diri dari HPM, yang dipisahkan cumalah blog infomalaya.com sahaja.
Saya mencadangkan agar penstrukturan semula oraganisasi HPM dilakukan serta merta kerana pembahagian tugas dan peranan tidak berjalan lancar seperti yang dirancangkan sebelum ini.
Akhir kata, maafkan saya seandainya saya telah menyinggung mana-mana individu di atas pemberitahuan ini. Saya sayangkan HPM, dan kerana perasaan sayang itulah saya terpaksa menanggung risiko di atas pemberitahuan ini. Hakikatnya memang kita pincang, tapi tak salah kalau kita betulkan kepincangan kita itu demi kebaikan bersama.
Yang ikhlas,
Mohd Huzairy Mohd Rezuan @ Bat
p/s: Sila respon emel ini secara bertulis. Dan, sebagai tanda yang saya serius tentang perkara ini, salinan emel ini telah dipaparkan di blog peribadi saya di http://bat.infomalaya.com