Blog / Arkib / Wordpress juga yang menjadi pilihan di hati~

Wordpress juga yang menjadi pilihan di hati~

tengkorak-kau3.png
Bercakap mengenai entri aku yang lepas, atas saranan rakan-rakan, dan jugak natural instinct aku sendiri, aku pun teruskan jugak melekat dengan Wordpress ni. Maafkan aku tumblr, dan juga maafkan aku ExpressionEngine. Kamu berdua terlalu simple dan terlalu komplikated untuk menggantikan Wordpress.

Meh aku senaraikan beberapa perkara tentang tumblr dan ExpressionEngine, dan juga tentang Wordpress(Dulu pun aku pernah kecoh kat infomalaya pasal benda ni, cuma waktu tu tak sebut pasal tumblr).

Tumblr:

  • Mudah, percuma dan lagi sekali, mudah.
  • Ada fungsi follow, reblog, dan ada bookmarklet untuk memudahkan proses bookmarking/tulis entri.
  • Tiada ruang komen, nak kena belajar template tags untuk buat theme sendiri(Walaupun boleh customize dalam dashboard).
  • Aku rasa, tumblr lebih sesuai untuk orang yang bizi, yang tak perlukan komen untuk setiap entrinya dan juga untuk orang yang sukakan benda yang simple.

ExpressionEngine:

  • Laju, hebat(dari segi koding), dan sekali lagi, laju(Sebab ada page caching).
  • Berkeupayaan untuk dijadikan CMS syarikat korporat(Jenis yang advanced, ada pendaftaran pengguna dan sebagainya) mahu pun menjana blog peribadi yang biasa(Baik pakai wordpress, haha..).
  • Kena bayar untuk dapatkan feel(Harga bermula dari USD199). Versi percuma tak cukup feel. Biar pun ada versi nulled(pirate), namun aku beli jugak versi berbayar untuk eksperimen dan infomalaya(Nak ambik berkat, hehe).
  • Pendapat aku, EE sangat sesuai untuk laman web yang perlukan kawalan tahap maksima ke atas laman-laman web mereka. Aku sebut laman-laman web sebab, ada fungsi dalam EE iaitu Multiple Site Manager yang boleh hasilkan beberapa laman web hanya dengan satu installation, hebat kan? Dalam dashboard(Dalam EE dipanggil Control Panel) boleh kawal lebih dari satu laman web secara maksima, satu fungsi yang belum ada pada Wordpress.
  • Kena ambil masa untuk master template tags dia untuk memaksimakan kemampuan EE.

Wordpress:

  • Percuma, mudah, sumber terbuka dan buat kesekian kalinya, mudah! :P
  • Banyak plugin, theme dan hacks termasuk tutorial tentang Wordpress di internet.
  • Kelemahan Wordpress buat masa sekarang, tiada fungsi untuk uruskan cross-site registration, dan juga multiple site management.
  • Boleh dijadikan CMS sekiranya mahu atau tahu.
  • Senang nak buat theme sebab aku dah faham konsep dia walaupun tak sehandal Xero, Flisterz, Ikram(Tahniah sebab dapat 10A1), Fath, Aisyah, Azraai, Ariff Samani, NoktahHitam, dan Neutronics.

Jadi, aku pun ambil kesempatan dengan buat theme baru yang membawa feel tumblr, iaitu dengan guna asides. Theme ni tak siap sepenuhnya lagi, bahagian footer dan comment form dalam proses naiktaraf. Segala patterns, icons dan err, header cap tengkorak tu sebenarnya font, aku ambil dari internet. Belum berbakat dan berkebolehan lagi nak buat sendiri.

Eh, dah pukul 3 pagi ni, nak tido dulu la, haha~

Jumpa lagi,
Bat



6 respon untuk entri “Wordpress juga yang menjadi pilihan di hati~”

  1. Azhar Ahmad (#)

    Tu dia, penerangannya, panjang lebar… ahahahahha… Alih-alih ke Wp gak kkan?

    p/s bat, hang punya kotak komen ni pelik sket. Menggunakan cookies kat sinih, nama aku Azhar Ahmad, nun dia pi kat Mengenai Enri ini. email aku, elok ja dok atas kotak komen biru nih. dan alamt URL, elok ja sebaris (bertindan lagi) dengan Nama Anda (wajib). oh ya saya guna Flock…


  2. Bat (#)

    @AzharAhmad: Hehe..Owh, pasal masalah tu ek, sama la, aku pun kena gak masalah tu..Masalah betui masalah ni..Tu yang tengah cari idea/penyelesaian ni..

    Rasanya berpunca dari koding form yang lemah/atau tak betui, huhu..


  3. xero (#)

    ko pakai je wpmu tuk manage 2/3 blog satu dashboard..hohoho..


  4. Bat (#)

    @Xero: Tak pernah cuba WPMU lagi, huhu..


  5. Wizurai (#)

    nanti WP pun ada fungsi mcm EE spt Multiple Site Manager… mesti akan ada yg buat hack punya…
    sebab WP pun ada yg buat sbg shopping cart… tak mustahil WP pun boleh sebab dia ramai pengikut… huhu…


  6. FryShadow (#)

    ada juga pengguna EE hehe.. anyway aku ada try tp lmbat sket r nak master tag dia tu..tp system dia mmg best dah ready made tggl embed je


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen