Blog / Arkib / mohdhuzairy.com - Satu permulaan

mohdhuzairy.com - Satu permulaan

Alhamdulillah, proses pembelian domain yang telah lama diidamkan telah pun berjaya dengan suksesnya. Tapi malangnya, aku nak mulakan dari mula, bukan gunakan domain tu untuk blog ini. Kesimpulannya blog ini akan dijadikan arkib kenang-kenangan untuk aku lihat balik. Sekadar ingatan yang aku pernah menulis pelbagai benda yang merapu, emosi dan mungkin jugak bodoh dan tak sepatutnya dibaca oleh orang lain.

InsyaAllah minggu depan aku akan mula kemas kini blog baru tu, minggu ni aku sibuk dengan tugasan. Jumaat depan lak nak kena pergi perkhemahan lagi, jadi kekasih gelap lagi la aku, haha…

MohdIsmail kini menyepikan diri, entah apa silapnya. Kalau dia terbaca entri ni, aku harap jangan terasa hati dengan aku, cita-cita kita belum lagi tercapai, biarpun hang dah habis belajar. Ingat, kita ada MISI untuk dunia siber Malaysia.

Biarpun aku dah memang jarang update blog sekarang, tapi aku rajin ber twitter, hehe..Boleh tau perkembangan aku kat sana.

Ini sebagai respon tentang komen-komen di entri sebelum ini, aku bukan seorang yang cepat bosan dengan manusia. Juga bukan dengan SEMUA benda-benda maujud yang tak bernyawa. Bila aku buat pilihan lain, maknanya aku nak tingkatkan prestasi dan skill aku. Kalaulah aku cepat boring, dah lama aku pergi cari awek lain yang senang untuk ditekel dari aku tunggu Nur Hidayah(Statement berani mati).

Tiada apa yang dimalukan kan? Hubungan aku dengan dia sekarang bolehlah dikatakan baik, walaupun dah banyak kali berselisih faham. She is the sweetest girl I’ve ever met. ^_^

Dan, kini cuma tinggal setahun dan enam bulan untuk aku terus belajar dan membetulkan keadaan diri aku yang serba tak betul ni. hehe..

Sekian dari aku, assalamualaikum dan jumpa di sana.

*Ini entri terakhir untuk blog ni.



8 respon untuk entri “mohdhuzairy.com - Satu permulaan”

  1. pali (#)

    tu dia… buang yg keruh amik la yg jernih… barang lepas jgn di kenang…. jangan pula tertampi-tampi….


  2. megat (#)

    wah domain baru!? tahniah dan harapan aku moga dapat idea baru ang dapat dikongsi bersama.


  3. Affuan (#)

    kui3…


  4. idalara (#)

    muga anda bjaya mencipta kelainan di dunia ini dn ms 1 thn 6 bulan sgt singkat utk mperbetulkan diri…berusahalah…


  5. Wizurai (#)

    sepi² ko terus keluar dengan domain baru…


  6. aman (#)

    huhu…harap-harap awek tue terbaca artikel nie.. :D


  7. azrn (#)

    ewahh~
    statement brani mati tuu… yelaa.. sbb dah rasa “dekat”. hik hik hik…

    ni pun komen terakhir aku kat sini :)


  8. azri (#)

    gudluck bat…boga hang berjaya tekel hidayah budak sains tu…


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen