5 Perkara pertama dalam hidup aku..
Monday, April 14th, 2008Seperti yang dijanjikan, aku akan tulis tentang 3 perkara pertama yang terjadi dalam hidup aku, biar pun aku tak berapa pasti tentang makna sebenar tag ni. Cuma ada 3 sahaja sebab aku takleh nak fikir lagi dua, huhu..
1) Kini aku pengguna komputer riba berjenama Compaq. jenis presario, murah sahaja. baru seminggu pakai, hehe..Alhamdulillah..Komputer desktop dan monitor aku dah jual kat abang aku. =) Pertama kali menggunakan laptop, jadi rasa agak kekok.
2) Pertama kali aku beli kamera sendiri(IXUS 70). Tapi sekarang kamera tu dah bertukar tangan. Aku dah puas main-main dengan kamera tu agaknya. Tapi belum ada rancangan nak beli kamera baru atau digital SLR.
3) Juga pertama kali aku sedar yang aku ni susah nak bercinta. Sebabnya, hati dan perasaan aku pada orang tak sama dengan perasaan aku kat benda-benda yang tak hidup(cepat boring dengan tema blog contohnya..). Aku susah nak lupakan orang biar pun orang tu dah buat macam-macam kat aku. Contoh terdekat, si gadis pahang…Oh lupa, aku tak cerita lagi progress tentang aku dan dia sekarang..Lain kali la aku cerita..
Ok, tamat sudah. Hari ni aku tak tidur malam lagi. Kes banyak benda terbengkalai dek perkhemahan baru-baru ni. Alahai~huhu..