mohdhuzairy.com - Satu permulaan
Saturday, April 26th, 2008Alhamdulillah, proses pembelian domain yang telah lama diidamkan telah pun berjaya dengan suksesnya. Tapi malangnya, aku nak mulakan dari mula, bukan gunakan domain tu untuk blog ini. Kesimpulannya blog ini akan dijadikan arkib kenang-kenangan untuk aku lihat balik. Sekadar ingatan yang aku pernah menulis pelbagai benda yang merapu, emosi dan mungkin jugak bodoh dan tak sepatutnya dibaca oleh orang lain.
InsyaAllah minggu depan aku akan mula kemas kini blog baru tu, minggu ni aku sibuk dengan tugasan. Jumaat depan lak nak kena pergi perkhemahan lagi, jadi kekasih gelap lagi la aku, haha…
MohdIsmail kini menyepikan diri, entah apa silapnya. Kalau dia terbaca entri ni, aku harap jangan terasa hati dengan aku, cita-cita kita belum lagi tercapai, biarpun hang dah habis belajar. Ingat, kita ada MISI untuk dunia siber Malaysia.
Biarpun aku dah memang jarang update blog sekarang, tapi aku rajin ber twitter, hehe..Boleh tau perkembangan aku kat sana.
Ini sebagai respon tentang komen-komen di entri sebelum ini, aku bukan seorang yang cepat bosan dengan manusia. Juga bukan dengan SEMUA benda-benda maujud yang tak bernyawa. Bila aku buat pilihan lain, maknanya aku nak tingkatkan prestasi dan skill aku. Kalaulah aku cepat boring, dah lama aku pergi cari awek lain yang senang untuk ditekel dari aku tunggu Nur Hidayah(Statement berani mati).
Tiada apa yang dimalukan kan? Hubungan aku dengan dia sekarang bolehlah dikatakan baik, walaupun dah banyak kali berselisih faham. She is the sweetest girl I’ve ever met. ^_^
Dan, kini cuma tinggal setahun dan enam bulan untuk aku terus belajar dan membetulkan keadaan diri aku yang serba tak betul ni. hehe..
Sekian dari aku, assalamualaikum dan jumpa di sana.
*Ini entri terakhir untuk blog ni.