Entri ini hasil dari komen saudara AzharAhmad, terima kasih kerana memberi idea. Hehe..
Baik, jangan buang masa lagi, moh kita mula. Setelah mencuba sendiri tutorial di laman web asal, aku lihat ada beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan lagi. Tapi kudos kepada penulis asal tutorial tersebut kerana telah memberikan idea kasar.
Kita tidak boleh meletakkan border terus pada body dengan kaedah biasa kerana, errr..Cuba sendiri la guna body{border:10px solid #ccc;}, baru nampak..Hehe..Bak orang cakap, “Seeing is Believing“.
Ini kod CSSnya, sila masukkan dalam fail style.css:
/*=Body border*/
html>body #top, #bottom, #left, #right
{
background:#ccc; /* Sila ubah kod warna sesedap rasa / Nak guna background image pun boleh.*/
position:fixed;
}
html>body #left, #right
{
top:0;
bottom:0;
width:10px; /*Sila ubah saiz border secukup rasa sekiranya mahu*/
}
html>body #left
{
left:0;
}
html>body #right
{
right:0;
}
html>body #top, #bottom
{
left:0;
right:0;
height:10px; /*Sila ubah saiz border secukup rasa sekiranya mahu*/
}
html>body #top
{
top:0;
}
html>body #bottom
{
bottom:0;
}
*html>body merupakan child-selector properties dalam CSS, jadi kita dah tak perlu nak gunakan IE hacks untuk hilangkan styling ini di IE. Dalam IE6 benda ni tak menjadi.
Manakala markup untuk html pula:
<div id="left"></div>
<div id="right"></div>
<div id="top"></div>
<div id="bottom"></div>
*Sila letakkan di bahagian footer.php, betul-betul sebelum elemen penutup </body>.
Selamat mencuba~
Affuan (#)
March 15th, 2008
susahnya aku nak drop komen. sakit mata aku memandang theme nih. hehe.
Bat (#)
March 15th, 2008
@Affuan: Sakit mata kat bahagian mana tu?huhu..Cakap la, nanti boleh aku ubahkan.. hehe
Azhar Ahmad (#)
March 16th, 2008
Huhuhuhuhu, aku plak, sejuk mata manda theme nih, laju juga kotak komen nih… hahhahaha… Dasar rebeller!
Bat TQ pasal info CSS tuhhh… Hummm… adalah benda saya nak buat nanti…
megat (#)
March 16th, 2008
Info bagus!
Aku masih keliru dengan koding utk hack IE. Memandangkan statistik visitor ke blog aku kebanyakkan mengunakan IE, aku perlu hack supaya friendly dengan IE.
azwanhadzree (#)
March 17th, 2008
berserabut kepala aku nak coding-coding ni, silap-silap nanti .. terletak coding abap pulak
Wizurai (#)
March 18th, 2008
megat, kebanyakkan yg guna IE sebab diorang surf dari CC… CC ni pun satu hal, Firefox pun tak mau install..