Dengan ini, saya Mohd Huzairy Mohd Rezuan @ Bat ingin memberitahu yang, blog infomalaya.com akan menarik diri dari rangkaian HappyPeople Media. Berikut adalah beberapa sebab dan persoalan mengapa penarikan ini dibuat:
1) InfoMalaya tidak semeriah seperti dahulu(sebelum bernaung di bawah HPM). Punca yang dapat dikenal pasti ialah kerana Bat memberikan komitmennya terhadap projek-projek HPM yang lain, dan merekabentuk design dan theme wordpress. Tiada penulis yang ingin menulis walaupun telah diberikan kepercayaan untuk menulis di sana.
2) InfoMalaya.com walaupun digembar-gemburkan dengan slogan “Bukan sekadar blog”, sebenarnya hanyalah bersandarkan pada isi kandungan entri semata-mata, dan bukannya pada jenis CMS.
3) Identiti infomalaya akan hilang sekiranya projek aggregator di infomalaya dilakukan. Infomalaya adalah sebuah blog, bukan aggregator seperti blogtitude.com.
4) Cross-site membership akan menyusahkan pengguna. Sekarang kewujudan blog semakin banyak dari hari ke hari, dan kenapa kita perlu menyusahkan pengguna mendaftar cuma untuk membaca entri dan menghantar komen.
5) HPM sekarang sudah tidak seperti dulu lagi. Mohd Ismail seolah-olah meminggirkan rakan sepasukan dengan tidak berbincang terlebih dahulu tentang penubuhan blog/laman web baru. Sedar-sedar sudah ada laman web yang dibahagian footernya tertera milik rangkaian HPM. Kita sebagai sebuah organisasi sepatutnya tidak boleh membuat keputusan tanpa berbincang dengan ahli yang lain. Bukankah lebih molek kalau setiap pengumuman dibuat di blog rasmi HPM?
6) Tentang laman-laman web HPM yang lain. Sepatutnya kita mementingkan kualiti dari kuantiti. Justeru mengapa kita masih ingin menghasilkan laman web yang baru sekiranya masih ada laman web kita yang terbengkalai/ perlu diselenggara?
7) Tentang musicmalaya.com. Mengapa tidak lama dulu laman web yang dalam proses pembangunan ini digantikan dengan blog untuk memuat turun mp3? Ini bercanggah dengan slogan HPM, “Revolutionize Malaysian Web Sphere”. Adakah kita ingin disamakan dengan lanun cetak rompak atau laman-laman web muat turun mp3 yang lain?
Sehubungan dengan itu, saya berharap agar keputusan penarikan ini dipersetujui oleh semua ahli. Sila terima segala apa yang saya sampaikan ini dengan hati yang terbuka.
Sila ambil perhatian yang saya tidak menarik diri dari HPM, yang dipisahkan cumalah blog infomalaya.com sahaja.
Saya mencadangkan agar penstrukturan semula oraganisasi HPM dilakukan serta merta kerana pembahagian tugas dan peranan tidak berjalan lancar seperti yang dirancangkan sebelum ini.
Akhir kata, maafkan saya seandainya saya telah menyinggung mana-mana individu di atas pemberitahuan ini. Saya sayangkan HPM, dan kerana perasaan sayang itulah saya terpaksa menanggung risiko di atas pemberitahuan ini. Hakikatnya memang kita pincang, tapi tak salah kalau kita betulkan kepincangan kita itu demi kebaikan bersama.
Yang ikhlas,
Mohd Huzairy Mohd Rezuan @ Bat
p/s: Sila respon emel ini secara bertulis. Dan, sebagai tanda yang saya serius tentang perkara ini, salinan emel ini telah dipaparkan di blog peribadi saya di http://bat.infomalaya.com
fazlee (#)
March 31st, 2008
tudia… mai join “thephixel” la… hehe!
xero (#)
March 31st, 2008
uiks.. panas nih.. huhu..
1. sape penulis penulis infomalaya yang lain? aku rase ko patut jalankan infomalaya seorang diri.. pedulikan multi author.. ia rumit
2. pilih satu cms tetap dan mampu dijalankan dgn jaya nya..
3 - 4. maaf aku tak setuju ngan projek aggregator tu.. infomalaya perlukan entri sendirian.. daftar utk komen memang menyusahkan..
5 - 6 - 7. no komen.. sepatutnyer lebih aware dari dulu.. huhu..
selamat maju jaya kepada korang.. harap masalah dalaman mcm ni dpt diselsaikan secepat mungkin..
maaf kpd warga HPM. Sebenarnyer aku tidak layak utk komen hal ini.. huhu..
p/s: bat..sepatutnyer hal dalaman cemni.. bawak meeting dan aku rase tak perlu la post disini.. akan menyerongkan pandangan org kpd HPM.. ko tahukan ade seseorang akan senyum melihat entri ni..
emptyspace (#)
March 31st, 2008
kenapa aku tak dpt email ni?
aku aware mengenai masalah ni, tapi aku pun tidak berapa aktif dlm HPM atas sebab-sebab kerja. Jadi aku tidak mahu berkata apa-apa.
aku pun sedikit terkejut apabila melihat beberapa web baru di bawah HPM tanpa pengetahuan ahli-ahli yang lain, aku ingatkan selama ini aku dipinggirkan.
mesyuarat ahli-ahli majlis perlu diadakan dengan kadar segera.
p/s:- xero, aku tau siapa orang yg kau maksudkan.. he he.
chah_el (#)
March 31st, 2008
erm..aku bukan nak pihak sape2 tp aku rase maybe bat ade reason tersendiri…semoga bat berjaya dalam hidupnya…
Bat (#)
March 31st, 2008
@fazlee: Malaih la, hehe..Tenkiu sebab setelkan hal payment hosting tadi.
@Xero: pertama sekali, minta maaf sebab content tu tak siap2 lg..Aku rasa macam mmg tak dapat nak siapkan benda tu..
Pasal entri ni, sengaja letak kat sini, biar orang tahu kebodohan dan kesilapan aku..Dan biar orang tahu macam mana aku nak naikkan balik infomalaya..Pasal seseorang tu, biarlah, dia ada pendapat dia sendiri, tak semestinya dengan pendapat dia, kita nak ikut atau terasa.
@EmptySpace: Sori Arep, aku mmg takda emel hang, salah satu sebab jugak aku letak salinan emel tu kat sini..Ya, meeting perlu diadakan dengan kadar yg segera..
@Chah_el: Tenkiu sebab faham…
wanie (#)
April 1st, 2008
hi bat, baru je bace post ni.. hmmm im glad u finally made the move to confess ape yg patut hehehe
sape seseorg yg akan tesenyum tu *kepohh22* ehehee
Bat (#)
April 1st, 2008
@wanie: Masih menunggu lagi respon dari beberapa orang…
Owh, pasal seseorang tu, rasanya dia takkan tergamak kut..Peoples change a lot.
Affuan (#)
April 1st, 2008
hehe. hidup tidak semudah yang disangka. tabahkan hatimu bro. huhu.
p/s: kan aku pernah cakap pasal “manusia” itu? hehe.
azwanhadzree (#)
April 1st, 2008
aku pernah komen tentang blogtitude, tapi tidak secara direct. kena betul dengan point kau yang ke 6. Finish what you start (or at least make it workable) before proceeding with other projects
kau boleh join Merapu’s Media
hafreze (#)
April 3rd, 2008
bat sgt cool..aku suke IM dipisah dr HPM..psl tanpa HPM pn IM blh popular dulu..skang dh tk daa..sian..
megat (#)
April 4th, 2008
Erm… nak tulis apa eh!?
cencorot_91 (#)
April 5th, 2008
ape korang ngarut nih?
happy people media tuh ape lk??
ceteknya ilmu aku dlm dunia blogging nih…
KNizam (#)
April 6th, 2008
sabar2 ya
Bat (#)
April 6th, 2008
@Affuan: biarlah Affuan..Aku rasa aku dah ’sejuk’ skit sekarang ni..
@Azwan: Merapu’s media? Sounds good! haha..
@Hafreze: Okeh, sekarang iM dah tukar..Cepat pergi tengok, hehe..
@Megat: Err, huhu..taktau nak cakap apa..
@Cencorot: Alamak, sudah tukar nama ka bro? HPM tu adalah err, nanti la aku cerita, huhu..
@KNizam: tenkiu, dah ’sejuk’ ni..
Qaiyum (#)
April 7th, 2008
Hidup Encik Bat !!
Hehe.. Aku Tetap Menyokongmu !!
saharman (#)
April 7th, 2008
Terus kan Bat dengan infomalaya tu jangan biar terbengkalai… terima kasih kerana banyak membantu.
Wizurai (#)
April 7th, 2008
oic, baru tau nape…
mcm warkah Mukriz untuk Pak Lah… xdelah…
good luck k…
xeRo Virtual Planet (#)
April 8th, 2008
[...] ini infomalaya berdiri dengan kaki sendiri setelah bat mengambil keputusan untuk mengeluarkan infomalaya dari rangkaian HappyPeople Media. Silalah mengunjungi Infomalaya [...]
aman (#)
April 21st, 2008
huhu…harap infomalaya kembali seperti dulu..
ikram_zidane (#)
April 28th, 2008
i know its always not pleasing when someone hear this, but “told ya so”…..