Tentang
Tentang penulis
Nama sebenar penulis ialah Mohd Huzairy bin Mohd Rezuan atau lebih sinonim lagi dengan nama Bat infomalaya. Penulis kini berumur 24 tahun pada tahun 2008, dan sedang meneruskan pengajiannya dalam bidang Design & Technology. Biarpun nama kursus nampak gempak, penulis sebenarnya akan bergelar guru sekolah rendah bermula tahun 2010 nanti(Sila doakan agar cita-cita penulis tercapai untuk menjadi seorang cikgu yang baik).
Penulis berasal dari Seberang jaya dan kini sedang tinggal di perantauan iaitu di Kuala Lumpur walaupun ijazah yang diambilnya dikeluarkan oleh Queensland University of Technology di Brisane, Australia. Penulis cuma belajar secara jarak-jauh dan tak mungkin akan ke sana dalam masa terdekat ini dan kemungkinan majlis konvokesyen juga akan diadakan di sini. Sungguh kedekut dan jahat universiti itu biarpun kerajaan Malaysia sudah membayar berjuta-juta kepada pihak mereka. Namun, penulis bersyukur kerana dapat belajar di Malaysia dan bukannya di ‘oversea’.
Tentang penglibatan di Internet
Mula online pada tahun 2004, tapi belum lagi bergelar blogger pada masa itu(Tak tahu pun istilah blog waktu tu). Mula berjinak-jinak dengan blogspot pada tahun 2005 dan bertindak liar dengan bermain-main dengan Wordpress pada tahun yang sama. Setelah bosan dan timbul perasaan ‘perasan pandai’ di dalam hati, penulis bersama rakan baiknya berkongsi duit dan tenaga untuk membeli domain pertama mereka iaitu infomalaya.com. Dari situlah bermulanya epik cambest mereka berdua sehinggalah penulis berjaya menggulingkan rakan beliau sendiri. Sungguh jahat penulis waktu itu kerana infomalaya sudah agak popular ketika itu. (2 ayat sebelumnya adalah rekaan semata-mata demi menyedapkan jalan cerita).
Muat turun vCard saya
This hCard created with the hCard creator.